Headlines News :
Home » » Kisah Sebuah Rumut dan Seseorang yang kita Sayangi

Kisah Sebuah Rumut dan Seseorang yang kita Sayangi

Written By admin on Selasa, 22 Desember 2009 | 09.47

Pada suatu pagi di suatu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Guru, bagaimana kita pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Bagai mana juga kasih sayang itu kan kekal?

guru: Oh, saya tahu? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikuti ya…mungkin kamu akan dapat apa jawabannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

guru: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang Guru perintah.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka Guru pun bertanya kepada pelajar tersebut.

guru: Mana rumput yang saya suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi kata guru petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi guru bilang tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

guru: Ya, itulah jawabannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlalu. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih paham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbaiki keadaan dan coba teruskan hubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat hubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika hubungan tersebut tak bisa diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah...tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik

Share this post :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Azminote - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger